MY REFLECTION JOURNAL: ENTREPRENEURSHIP


                                

             

                                                       APA ITU ENTREPRENEUR?

Entrepreneur atau Usahawan merupakan seorang individu yang mengatur dan mengendalikan perniagaan dengan sanggup mengambil segala risiko yang bakal terjadi.Usahawan atau pengusaha ini biasanya dilihat sebagai inovator atau sumber idea baru.Usahawan juga memainkan peranan yang besar dalam ekonomi sesebuah negara kerana kemahiran dan inisiatif mereka yang diperlukan bagi menjangkakan keperluan dan membawa idea baru untuk membantu meningkatkan ekonomi negara.

                                                      ME AS ENTREPRENEUR?

Dari segi maksud usahawan itu sendiri kita dah tahu betapa besarnya peranan menjadi seorang usahawan.Jika saya seorang usahawan,saya perlu bersedia dari pelbagai bentuk bukan sahaja dari segi fizikal dan mental malahan saya juga perlu menjadi seorang yang kreatif dan berfikiran di luar kotak bagi mengekalkan perniagaan saya jika berlaku perkara yang tidak dijangka seperti wabak covid-19 yang banyak telah merugikan perniaga-perniaga di luar sana kerana mereka tidak bersedia.Saya perlu mengambil iktibar dari kejadian covid-19 supaya  saya bersedia dan dapat mengekalkan perniagaan saya dalam apa jua keadaan.Saya juga ingin menjadi usahawan yang memberi manfaat kepada orang lain dan tidak akan merugikan bakat anak-anak muda yang ingin berjaya,saya akan memberikan peluang pekerjaan mengikut bidang yang mereka mahir serta memberi tunjuk ajar sepenuhya agar mereka dapat berjaya bersama saya.Sesebuah perniagaan yang ingin maju jaya memerlukan tulang belakang yang utuh dan pekerja yang mempunyai impian yang sama. 


Singapore Merlion GIF by Ang Ku Kueh Girl and Friends - Find ...

  

Comments

Popular posts from this blog

SHA HASSAN PEMILIK SHALICIOUS SDN BHD

COMPETENCIES OF SUCCESSFUL ENTREPRENEURS